31 Julai 2009



Mesyuarat Agung dan Pemilihan Exco MGB Daerah Tawau 2009




Mesyuarat Agung dan Pemilihan Exco MGB Daerah Tawau telah diadakan pada 30hb Jun 2009 bertempat di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya Tawau. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau.

Pemilihan Exco telah berjalan dengan lancar di mana hanya jawatan Pengerusi sahaja yang dipertandingkan. Calon untuk kerusi Pengerusi ditandingi oleh En. Hacho Darman, guru besar SK.Bombalai dan En. AwgKu.Tahir Pg.Hashim ,guru besar SK. Ranggu Tawau. Proses Pemilihan telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan MGB yang dilantik. Seramai 46 orang guru besar telah menggunakan hak mereka untuk mengundi calon masing-masing. Keputusan undi memihak kepada En.Hacho Darman dan AJK.Pemilihan memutuskan En. Awgku.Tahir sebagai Timb. Pengerusi. Senarai penuh AJK adalah seperti yang dipaparkan dalam blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan