31 Julai 2009

Mesyuarat AJK MGB Daerah Tawau kali-1


Mesyuarat Pertama AJK MGB Daerah Tawau
Tarikh: 8 Julai 2009
Tempat: Bilik Gerakan SK.Bahagia Tawau






Pelantikan ketua-ketua Biro dan penjelasan bidang tugas setiap biro telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.




Mesyuarat AJK.MGB Daerah Tawau kali KE-2
Tarikh: 24 Julai 2009
Tempat: Bilik Gerakan SK.Bahagia Tawau

Pembentangan Rancangan Tahunan Biro-Biro yang dilantik untuk dibawa dalam mesyuarat MGB Daerah Tawau akan datang.


Mesyuarat Agung dan Pemilihan Exco MGB Daerah Tawau 2009




Mesyuarat Agung dan Pemilihan Exco MGB Daerah Tawau telah diadakan pada 30hb Jun 2009 bertempat di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya Tawau. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau.

Pemilihan Exco telah berjalan dengan lancar di mana hanya jawatan Pengerusi sahaja yang dipertandingkan. Calon untuk kerusi Pengerusi ditandingi oleh En. Hacho Darman, guru besar SK.Bombalai dan En. AwgKu.Tahir Pg.Hashim ,guru besar SK. Ranggu Tawau. Proses Pemilihan telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan MGB yang dilantik. Seramai 46 orang guru besar telah menggunakan hak mereka untuk mengundi calon masing-masing. Keputusan undi memihak kepada En.Hacho Darman dan AJK.Pemilihan memutuskan En. Awgku.Tahir sebagai Timb. Pengerusi. Senarai penuh AJK adalah seperti yang dipaparkan dalam blog.

14 Julai 2009

Dari Blogmaster

Salam Pertemuan dan salam sejahtera

Blog Majlis Guru Besar Daerah Tawau (MGB ) dibangunkan untuk menyediakan satu platform kepada semua guru besar mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya, kebajikan dan isu semasa . Setiap Ahli MGB Tawau dialu-alukan menggunakan saluran ini untuk kebaikan bersama. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi MGB Tawau.

Harap maklum